Mi madre atau emak saya merupakan salah seorang penggemar drama-drama Melayu di kaca TV. Beberapa minggu yang lalu, saya yang kecil molek ini telah pulang ke kampung dan berjumpa dengan emak saya. Di malam hari, TV3 telah menayangkan sebuah drama berjudul "Telekung Buat Mama", lalu saya yang ingin meluangkan masa bersama emak saya telah mengajak beliau menonton drama tersebut. Ajakan saya dan perbualan pendek kami seterusnya adalah seperti berikut:
Saya : Mama, jom tengok cerita Melayu ni.
Mi madre : Tak nak lah. Sekarang mama memang dah tak tengok cerita Melayu.
Saya : Amboi~ Kenapa? Bukan mama suke ke tengok cerita-cerita Melayu macam ni?
Mi madre : Memanglah suka. Tapi sekarang, kalau mama tengok cerita Melayu je, tiba-tiba keluar hantu. Kalau cerita Melayu je, ade hantu. Malas mama. Buat takut je. Dah lah duduk sorang-sorang. Papa kan selalu keluar. Baik mama tengok cerita binatang-binatang* ajeh. Kompem takde hantu.
Saya : Hahahahaha..
*cerita binatang-binatang = Animal Planet
Ulasan:
Akibat lambakan filem/drama Melayu yang berunsurkan hantu/perkara-perkara misteri, stesen TV tempatan telah kehilangan seorang peminat drama tempatan iaitu emak aku. Rugilah mereka. :P
Gambar ini betul-betul sekadar hiasan serta tiada kaitan dengan isi mahupun tajuk entri ini. Oh, atau mungkin ada kaitan dengan Animal Planet sahaja. Hehe.
p/s: kewujudan gambar bagi satu-satu entri kelihatan agak penting untuk bagi entri nampak macam cantik. ^^