Tahukah anda:
Sekiranya anda membeli sepuluh biji telur ayam dan kemudian meninggalkan mereka di dalam kereta anda selama 24 jam bermula daripada jam 5 petang hari ini sehingga ke jam 5 petang esok hari, percayalah bahawa telur-telur ayam tersebut tidak akan menetas tetapi ia akan bertukar kepada telur tiga suku - maksud saya telur masak tiga suku. *Pastikan cuaca adalah sangat panas/terik/cerah/ceria dan tidak hujan.
Sekian, sahaja tips masakan saya pada hari ini. Sila jangan patuhi. Hehe..
Berikut adalah contoh gambar telur-telur tersebut. Secara seriusnya, keputusan eksperimen mendapati kesepuluh-sepuluh biji telur yang dinyatakan di atas betul-betul berubah seperti gambar di bawah. Walau bagaimanapun, ini sekadar gambar hiasan yang dipinjam tanpa kebenaran daripada laman blog yang mencadangkan cara masakan telur tiga suku yang sebenar - maksud saya menggunakan air panas dan bukan diletakkan di dalam kereta.
Selamat mencuba! ^^

Selamat mencuba! ^^



5 comments:
eksotik betul cara kau masak telur.
Aku nak forward dekat orang Master Chef dengan resipi "How to Cook 3/4 Heated eggs". Kaedah ini sangat hijau!!
pasni cuba letak ayam yang diperap dengan 11 jenis rempah pulak dalam bonet keta.
dah masak kang panggil aku. mau makan. hihi
aku sokong komen ja'a. inilah yg dinamakan save energy, environmental friendly. masyarakat harus sedar yg kini dunia sdg mengalami krisis global yg sgt memerlukan kaedah seperti ini untuk jalan penyelesaian.
dan yg ini komen serius:
dari segi sains: sedar x krisis pemanasan global yg sdg mencanak2? tapi org industri masih cari tanah kosong untuk bangunkan kilang
dari segi agama: dunia memang menghampiri hayatnya. semoga masih berada di jalan yang benar. amin.
dua tiga menjak ni, memang panas menjadi-jadi. Jalan baru 10 tapak, dah berpeluh-peluh
jaa. green kan? kate budak botani/hutan. ;p
cami. pasti bau bangkai! haha. pakai kete kau lah. haha
neko. ya. this is one of the energy saving methods that we need. tapi, abg aku kate, "jangan makan!" dgn nada yg tegas dan serius. lalu sebagai penumpang rumah beliau, aku akur je padahal pada aku ok je kot. hehe
jaa lagi. kalau tak global warning pon, kau memang cepat berpeloh kot. hehe
komen serius merangkap muhasabah diri: cuba anda fikirkan sejauh mana anda menyumbang kepada pemanasan global ini. dah fikir? ok, dan sekarang cuba jgn jadi penyumbang lagi! :)
Post a Comment