Mi madre atau emak saya merupakan salah seorang penggemar drama-drama Melayu di kaca TV. Beberapa minggu yang lalu, saya yang kecil molek ini telah pulang ke kampung dan berjumpa dengan emak saya. Di malam hari, TV3 telah menayangkan sebuah drama berjudul "Telekung Buat Mama", lalu saya yang ingin meluangkan masa bersama emak saya telah mengajak beliau menonton drama tersebut. Ajakan saya dan perbualan pendek kami seterusnya adalah seperti berikut:
Saya : Mama, jom tengok cerita Melayu ni.
Mi madre : Tak nak lah. Sekarang mama memang dah tak tengok cerita Melayu.
Saya : Amboi~ Kenapa? Bukan mama suke ke tengok cerita-cerita Melayu macam ni?
Mi madre : Memanglah suka. Tapi sekarang, kalau mama tengok cerita Melayu je, tiba-tiba keluar hantu. Kalau cerita Melayu je, ade hantu. Malas mama. Buat takut je. Dah lah duduk sorang-sorang. Papa kan selalu keluar. Baik mama tengok cerita binatang-binatang* ajeh. Kompem takde hantu.
Saya : Hahahahaha..
*cerita binatang-binatang = Animal Planet
Ulasan:
Akibat lambakan filem/drama Melayu yang berunsurkan hantu/perkara-perkara misteri, stesen TV tempatan telah kehilangan seorang peminat drama tempatan iaitu emak aku. Rugilah mereka. :P

Gambar ini betul-betul sekadar hiasan serta tiada kaitan dengan isi mahupun tajuk entri ini. Oh, atau mungkin ada kaitan dengan Animal Planet sahaja. Hehe.
p/s: kewujudan gambar bagi satu-satu entri kelihatan agak penting untuk bagi entri nampak macam cantik. ^^


6 comments:
gambar mata si panda tu buat aku terkejut. scroll perlahan2...tiba2...! kena tenung tajam
cerita melayu yg xberunsurkan hantu byk waktu siang la ni~(ayat seorang yang cuti lama dirumah~)
neko. tu wallpaper aku yang dah berbulan2 tak tukar.
sparrow. my mom busy siang2. hehe
*kenapa binatang jeh yg komen kt entri aku? ;p
**neko = kucing
**sparrow = burung
sbb manusia sibuk bekerja~
cerita melayu sekarang tak releven lagi dengan senario semasa...dulu cerita banyak pasal kekeluargaan dan masyarakat melayu tu sendiri,tapi sekarang,cerita melayu banyak berkisar pasal keretakan rumahtangga,kes curang keluarga yang memualkan,serta kekayaan yang tak tercapai tahap melayu tu sendiri....jadi cerita melayu sekarang sangat untuk cari market,penekanan aspek nilai dan kemasyarakatan dalam cerita melayu boleh dikatakan PUPUS...saya ulang, PUPUS
betol tu alfie!
Post a Comment