CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 26, 2011

Kucing Ku Belang Tiga.

Tadi petang, bekas anak murid ayah aku telah datang berziarah sebagai tanda ingat-ingatan buat ayahku yang akan berangkat ke Mekah bersama isteri beliau (merangkap ibuku), Jumaat ini. Malang tidak berbau, ayah aku tiada di rumah dan tidak dapat dihubungi (kerana beliau mempunyai hobi meninggalkan handphone di rumah).

Jam 7, bapaku pulang dari kota (pekan Tanjong Karang je sebenarnya), memberi khabar bahawa beliau telah melepak di bengkel bersama kereta beliau yang sering sakit sejak akhir-akhir ini. Setelah diceritakan soal penziarahan sebentar tadi, lalu ayah aku tidak senang duduk kerana beliau tidak ingat langsung akan si anak murid ini, tetapi beliau sangat teringin berjumpanya. Mujur si anak murid merupakan rakan sekerja senior kakak aku. Lalu selepas solat Maghrib, ayah, ibu dan aku telah berangkat mencari rumah si anak murid tadi atas alasan, "Kalau tak jumpa, kang takut papa tak boleh fokus buat haji nanti. Asyik teringat-ingat je~."

Alangkah girangnya hati si anak murid (exaggerate je) apabila menerima kedatangan bekas guru beliau ini. Perbualan dibuka oleh ayah ku dengan pertanyaan, "Saya mengajar awak tahun bile ye? Tak ingat betullah." Dan si anak murid pun menjawab, "Tahun 1967, masa saya Darjah Satu!" Perbualan pun berterusan selama...... tak lama sangat pun... kurang daripada sejam. Hati aku betul-betul terusik melihat sesi pertemuan ini. Ya sekalian~ Betul-betul terusik.!

Sebelum berangkat pulang, si anak murid yang juga kini seorang guru sempat berkata, "Selamat menunaikan haji cikgu. Semoga mendapat haji mabrur. Terima kasih juga atas segala ilmu yang cikgu berikan dulu. Halalkan segala ilmu itu. Alhamdulillah sekarang saya pun dah jadi cikgu."

Betapa mulianya si anak murid yang masih menghargai gurunya walaupun selepas 44 tahun menjadi muridnya. Dan betapa bertuahnya ayah aku kerana mempunyai anak murid yang sangat menghargai beliau.

Kita pulak, macam mana??

*Masa berborak tu, ayah aku ada tanya kenapa si anak murid ingat sangat pada beliau. Anak murid kata dulu ayah aku suka bawak anak-anak muridnya duduk bawah pokok sebelum balik sekolah. Nanti ayah aku akan main gitar dan nyanyi-nyanyi lagu untuk mereka.

**Dalam perjalanan balik, ayah aku baru teringat lagu yang beliau selalu nyanyi. Lagunya..... Kucingku belang tiga~ Sungguh cantik rupanya~ Meow meow bunyinya~ Tanda lapar perutnya~~ Pernah dengar?? Mesti tak~ hahaha

*Gambar recycle. Ceh~*

2 comments:

Ja a Brainstorm said...

aku teringat:
Kucingnya betina, berbelang tiga, beranak tiga pada tiga hari bulan tiga, dan anaknya juga berbelang tiga.

atau begitulah ayatnya. hahaha. :)

Anonymous said...

mengapa tidak:)