Masok hari ni, genaplah 4 hari aku datang office goyang kaki. Banyak kerja dah handed kepada permanent staff. So, aku sebagai pekerja-kontrak-tapi-bukan-buat-bangunan ni memang kerjanya goyang kaki aje. Semenjak Fb dah kena blok, makin lajulah aku goyang kaki. Huh~
Selain goyang kaki disiang hari, malam-malam kadang-kadang aku merayau. Malam tadi aku tengok KL Gangster buat kali ke-2. Orang belanja, aku on ajeh. Kebetulan pulak tayangan Green Lantern tak kena selera. Layan je la tengok Abg Aaron silat-silat kat panggung.
Lebih lanjut pasal KL Gangster, klik sini. Bagi sesiapa yang dah tengok filem ni, aku nak berkongsi sikit pasal, watak peberet gua = Ajib, dan scene peberet gua = Shark mula-mula datang jumpa Malik, kat depan rumah Fadil, masa Fadil tengah tengok-tengok keretanya yang berenjin Ferrari tuh. Muka Malik masa mula melenting tu memang precious!

Dah malas cerita panjang. Apa-apahal, sila pergi ke panggung berdekatan dan tontonlah Jai, Malik, Ajib dan Fadil. Yang namanya Shark tu, kalau ikat kat pokok mangga penuh kerengga lepas tu tapok dahinya laju-laju, sedap juga. Hehe..


0 comments:
Post a Comment