Amani memecut laju skuternya. Hatinya menyumpah seranah kerana pada jam 2 baru beliau dapat pulang meninggalkan dewan besar. Esok ada acara besar-besaran di kolejnya, jadi sebagai AJK program, Amani terpaksalah berhempas pulas buat-buat rajin membantu rakan-rakan lain mengemas dewan.
Sampai di blok asrama, Amani cepat-cepat parking skuter dan bergegas panjat tangga. Dalam berani-berani Amani, hatinya ketar juga. “Mintak-mintak lah Jemah belum tidur,” doa Amani dalam hati ketika sedang menjolok kunci ke tombol pintu biliknya.
Pintu bilik dibuka. Amani lega hati sebab Jemah tengah baca buku dengan disinari lampu meja. Amani malas nak tegur, takut mengacau konsentrasi Jemah. Amani memang jenis orang tak suka mandi malam sebab takut paru-paru berair dan sebab takut terserempak jembalang masa tengah mandi. Jadi Amani cuma bawa berus gigi dan pencuci muka ke tandas untuk urusan pembersihan diri sebelum tidur.
Selesai cuci muka segala, Amani pulas tombol pintu. Dilihat Jemah dah sedap landing nak tidur. Siap berselubung lagi. Amani pun baring di katilnya dan picit-picit handset mencari setting alarm clock.
“Tit.. tit” bunyi handset murah kepunyaan Amani menandakan ada SMS masuk. Amani baca SMS tersebut, “Amani.. Jemah balik kampong tau. Atok Jemah masok hospital. Lupa nak bagitau. Jemah dah kat kampong ni. Kol 8 tadi gerak. Along amek. Ok lah. Dok sorang tu elok2 eh. Da~”
Jantung Amani berdegup laju. Amani tak berani pandang katil Jemah.



2 comments:
kau makin kerap tulis cerita begini.
saje. kering sebenarnye. :P
Post a Comment