Sepanjang hidup aku, banyak bahasa dalam dunia ni yang dah aku pelajari - secara formal dan/atau tidak formal. Banyak dalam ayat aku ini bukanlah bermaksud sampai tahap Datuk Mahadzir Lokman yang dengar-dengar kuasai sampai 6-7 bahasa lain selain Bahasa Melayu, tetapi banyak yang aku maksudkan ini sekadar lebih dari satu (panjang pulang penerangan "banyak" - Maaf).
Kembali ke cerita asal - aku belajar bahasa. Sila rujuk senarai di bawah dan ambil perhatian dengan nota yang dilampirkan bersama. Hehehe!
1. Bahasa Melayu - Sejak bayi lagi aku dah diajar dengan perkataan2 seperti makan, susu, cicak, kipas, mandi, tidur, lampin dan sebagainya sebab surat beranak aku letak Keturunan Bapa = Melayu, Keturunan Ibu = Melayu. Jadi secara teknikalnya aku adalah anak Melayu yang sepatutnya nanti besar kena pandai cakap Melayu. Tambahan lagi, aku bukan tinggal negara bersalji pada hujung tahun, tetapi aku menetap sejak kecil di sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa yang pada zaman dahulunya negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu dan di sekolah Bahasa Melayu merupakan subjek teras yang tidak boleh tidak di ambil oleh pelajar-pelajarnya! Fuh~ habis senafas!
2. Bahasa Inggeris - Malaysia ini salah sebuah negara komanwel. Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium). Semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel (what?!! aku baru tahu). Ok, jadi berikutan hal ini Bahasa Inggeris telah diangkat menjadi bahasa kedua di Malaysia dan ia juga merupakan subjek teras di sekolah rendah dan menengah. Malah, sebahagaian insitut pengajian tinggi menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantara menggantikan Bahasa Melayu.
3. Bahasa Arab - Ayah aku pernah berpesan, "Papa nak anak-anak Papa belajar Bahasa Arab supaya bila mengaji boleh faham sikit-sikit." Maka aku sebagai salah seorang anak Papa ini telah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab di sekolah sejak umur 7 tahun hingga 17 tahun. 11 tahun aku belajar, tak bermakna aku hebat seperti sampai tahap Sheikh Yusuf al-Qaradawi. Kalau dalam resume tu, skil Bahasa Arab aku letak dalam ranking very poor. Sebab ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah. Pokok je besar, hasilnya tiada. Huhu..
4. Bahasa Sepanyol - Semester akhir, tahun akhir Ijazah Sarjana Muda. Jadual aku terlalu freeeeeeeeeeeee sampai aku rasa mesti kena ambik lagi satu kelas supaya aku tak pergi tengok wayang setiap tengah hari. Jadi aku ambil kelas Sepanyol tahap 1 bersama Charles, Xira Burkhan dan Azie. Kelas tu waktu tengah hari. Asalnya aku nak ambil Bahasa Arab level 2 (ada 3 level) sebab bajet boleh score A. Tapi berlaku protes dari roomate aku sebab dia kata, "Mana aci. Ko dah amek sampai form 5. Tak fair!" Sebab menurut peraturan yang ada Bahasa Arab dalam SPM kena ambil level 3. Hehehehe~ Aku cuba main tipu di situ. Jadi kemudian aku bertukar mahu ambil Bahasa Jepun tetapi membatalkan semula niat asal kerana Bahasa Jepun tak pakai huruf rumi. Akhirnya aku ambil Bahasa Sepanyol sebab teringat zaman Telenovela yang menyenaraikan drama-drama seperti Maria Mercedes, Rosalinda, Yo Soy Betty La Fea dan juga slot Salmonella dalam rancangan AH-HA. Lagi satu sebab aku perasan nak cakap Sepanyol kalau terserempak dengan Antonio Banderas masa aku bercuti ke US nanti. Hahaha!
5. Bahasa Jawa - Ini kira bahasa ke dialek? Aku rasa bahasa. Keturunan Ibu walaupun secara teknikalnya kata Melayu tetapi secara genetiknya adalah Jawa. Atuk kepada mak aku atau secara mudahnya moyang aku berasal dari Pulau Jawa. Kalau balik ke kampung belah mak aku (sekarang dah jarang sebab atuk dan nenek dah takde~ T.T), mesti dengar makcik pakcik cakap Jawa. Satu kampung tu pun, Jawanya kuat lagi. Malah nenek aku pun kadang-kadang gemar bagi arahan menggunkan mother tongue nya. Jadi secara tidak langsung perkataan-perkataan jawa seperti koboan (=air basuh tangan), gombal (=kain buruk), madang/mangan (=makan), ngombe (=minum), jangan (=sayur) dan iwak lele (=ikan keli) merupakan antara perkataan-perkataan ruji bagi telinga aku.
6. Bahasa Jepun - Ini bukan belajar buat ayat atau menulis. Ini belajar perkataan sahaja. Macam mana? Rakyat di negara kita memang sejak zaman kanak-kanak telah diterapkan dengan anime/manga di kaca tv dan pasaran tempatan. Anime/manga seperti Doraemon, Sailormoon, Dragon Ball, Slam Dunk, Cardcaptor Sakura dan Dr. Slump sememangnya menjadi kegilaan anak-anak kecil seperti aku. Dan bila semakin menginjak remaja/dewasa rasa suka kepada anime/manga diteruskan lagi. Kalau dulu tengok kat TV versi alih suara, sekarang dah pandai tengok di Youtube sambil baca subtitle. Rasa nak belajar Bahasa Jepun ini ditambah lagi dengan rasa cinta kepada drama-drama Jepun seperti Beautiful Life, Long Vacation dan Beach Boys sekitar lewat tahun 90-an dan awal 2000-an. Dah, panjanglah pulak merapunya. Senang cerita, Bahasa Jepun lebih dipeljarai melalui media masa seperti TV dan internet.
7. Bahasa Korea - 2-3 perkataan kira boleh lagi lah nak sebut. Bahasa ini pun aku belajar dari media massa memandangkan bermula dari tayangan drama Winter Sonata, drama Korea dikatakan tengah 'in' kat negara kita ni. Kemudaian semakin banyak pula drama Korea di TV dan internet. Bermula dari tahun 2010 (atau mungkin awal lagi) K-Pop menjadi kegilaan rakan taulan dan secara tak langsung aku pun turut terjebak dan seterusnya aku pun turut terpengaruh mahu sebut annyeong haseyo (=hello) agar tidak nampak ketinggalan dalam arus pemodenan ini.
8. Bahasa Cina - Secara tidak formalnya, banyak perkataan-perkataan Bahasa Cina (Mandarin/Kantonis) yang aku pick up dari TV juga. Ingat tak masa zaman sekolah rendah/menengah masa tv3 tayang drama Cina pukul 6 petang setiap Isnin-Jumaat? Itu kategori slot kegemaran juga tu. Masa tu juga Andy Lau, Aaron Kwok, Ekin Cheng dan Louis Khoo menjadi kegemaran kakak aku, maka dia akan selalu menonton filem Cina juga dan aku turut terpengaruh. Ok, berapa kali dah aku guna perkataan terpengaruh? Nampak sangat aku ni jenis senang terpengaruh. *sigh* Lagi satu ada satu drama Mandarin tajuknya tak silap aku "Justice Bao" yang ditayangkan tengah malam tapi aku dan kakak sanggup berjaga sebab nak tengok. Hehe!
9. Bahasa Hindustan - Buka TV3 setiap hari Sabtu jam 2.00 petang pun dah tahu dari mana aku belajar Bahasa Hindustan ni. Hahaha!
10. Bahasa Filipina, Thailand, Perancis dan lain-lain - Malaysia banyak tayang drama/filem luar. Kalau tak pon, internet kan ada. Jadi memang senang la nak belajar bahasa asing. Kalau tak sampai boleh cakap dan faham, kurang-kurang kalau tengok tulisan atau dengar orang cakap boleh agak lah itu bahasa apa, kan?
Kesimpulan awal yang aku nak nyatakan di sini, bahasa yang aku boleh tulis, baca dan cakap cuma Bahasa Melayu dan Inggeris sahaja.
Kesimpulan pertengahan yang aku nak cakap, aku sebenarnya rindu nak masuk kelas Bahasa Arab dan Sepanyol sebab aku rasa belajar bahasa lain ni sebenarnya seronok betol!
Kesimpulan sebelum akhir aku adalah aku boleh faham orang cakap Jawa tapi tak reti nak cakap sebab bila aku cakap mak aku kata bunyi macam orang dari seberang, bukan Jawa Tanjong Karang! Hehe~
Kesimpulan akhir aku yang sangat tipikal bunyinya adalah, belajarlah bahasa asing dan cintailah bahasa sendiri kerana bahasa jiwa bangsa!
p/s: sila guna google translate kalau rasa kemaruk nak belajar bahasa asing. Seronok~ Bak kata satu orang Swahili yang aku jumpa kat Jusco baru-baru ini, "Kujifunza lugha ya kigeni ni fun!" XP



8 comments:
Salmonella dalam AH-HA sangat memberi impak dimana ayat dah habis tapi mulut masih kumat kamit.
ha ha ha..... jom kiter ngomong jawa sama2.. terasa rugi pada diri ini sbb tak beljar bahasa jawa secara kritis n bersungguh... setakat faham jer tak besh......
kontol - satu bahasa asing yang dekat dijiwa
jaa.. sooooooooooo true!!
ratu.. yolah... yok ngomong jowo...! :P
bagas mencarot.
rasisss!aku lupa. apa lagu spanyol yg kita nyanyi ramai2 dkat class haritu? hitam..apentah. baju hitam.. haha
xira.. lagu tengo la camisa negra lah....
jang geun suk yang hensem..sekian.
Post a Comment