CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 14, 2011

Rare?

Budak-budak sekarang suke betol nak guna perkataan rare. Yang aku tengok selalunye ia merujuk kepada benda-benda yang jarang nak jumpa la..... kot..... Hahaha~ Aku pun turut terpengaruh walaupun aku kadang-kadang konpius gak berkenaan penggunaanya.. ^^

Ok... Ok.. Berbalik kepada tujuan asal. Sedang aku kemas-kemas laci almari aku di kampung (kemas ke selongkar? haha..) aku 'terserempak' dengan kaset-kaset lama yang aku beli / curi dari akak aku. Haha... Teringat jaman-jaman pakai walkman dulu. Disebabkan perasaan yang mengatakan ke-rare-an kaset-kaset lama ni, lalu aku pos entri ini. Rare ke? Huuu~

Inilah antara harta karun yang aku jumpa. Kedekut punya pesen perangai aku, kalau aku beli atau jumpa barang dan aku suka, aku akan pakai untuk aku sahaja atau simpan kat tempat yang orang tak akan jumpa dan akan terperaplah ia disitu selama-lamanya. Diulangi, selama-lamanya..... Hehe.. <-- Aku sedang cuba dan sudah boleh ubah perangai ni sekarang.. *peace*

Nickelback - The Long Road. Akak aku punya ni. Tapi pasal aku suka lagu-lagu dia plus suara Chad Kroeger, lalu aku rompak album ni dari simpanan dia. Muahahaha~~ Memang sedaplah lagu-lagu band ni. Pada aku band ni memang tip top sampai sekarang! Boleh layan sambil main Dinner Dash mahupun Assasin Creed malah ketika memasak Tom Yam juga. Haha~

Audioslave - Audioslave. Kenapa aku simpan album ni? Mungkin aku rasa cool kot dengar lagu Audioslave, padahal tak cool mana pon. Haha! Juga dirompak dari akak aku. Aku layan lagu Like a Stone jeh. Lagu layan dengar gitu-gitu.

Puddle of Mudd - Come Clean. Album ni memang aku rasa best. Blurry dan She Hates Me yang buat aku rasa camtu. Tapi best macam mana pon, takde la aku sampai nak beli semua album band ni. Eh, aku ada cakap tak yang ini pon aku curi dari akak aku? Hehe~

Sugar Ray - 14:59. Every Morning adalah lagu pertama Sugar Ray yang aku tahu. Nice song. Pengaruh adik beradik yang lebih dewasa, ok. Ini pon akak aku punya. Senang cerita kerja aku dulu adalah scan kaset-kaset akak aku dan rompak mana-mana yang berkenan di hati. Kikiki~

Sugar Ray - Sugar Ray. Album ni aku rasa aku beli. Sama ada perasaan aku ni betol atau tidak, aku kurang pasti. Kalau tak beli, maksudnya aku curi akak aku punya la. Haha...

Sugar Ray - In the Pursuit of Love. Mungkin sebab dah macam terkena sampuk suara Mark McGrath, lalu aku beli album ini. Serius, yang ini aku beli sendiri. RM16.90, kalau tak silap. Aku beli di Music Valley The Mines. Music Valley kot.. Hehe.. Tapi bila lama-lama dengar benda yang sama muak jugak, ye dak? Hehe...

Maroon 5 - Songs About Jane. Masa aku beli album ni, Maroon 5 memang tengah hangat di pasaran. Baru debut la katakan. Semua nak suka diorang ni. Dengan aku-aku sekali terlibat. Aku terlalu addicted kot masa baru-baru beli kaset ni. Hari-hari, setiap masa (termasuk masa dalam kelas) aku mesti nak dengar full track album ni. Punyalah macam orang kampung 1st time sampai KLCC. Haih~

D12 - D12 World. Siapa D12? Aku pun tak kenal. Aku beli sebab suka dengar Eminem mencarut-carut. Nak beli kaset Eminem, rasa macam semua orang dah ada. Tak rare lah kalau aku ada juga. Jadi aku beli album ni. Haha~ Tak ada motif betul dengar pencarutan secara beramai-ramai ini. Huuu~

Linkin Park - Meteora. Beli ini sebab Linkin Park tengah up masa ni. Pesen kawan-kawan semua nak suka Linkin Park. Aku nak pon ikut. Lagi satu, akak aku ada album Linkin Park - Hybrid Theory. Bajet nak tiru akak aku la ni. Kahkahkah!

The Offspring - Splinter. Hit That adalah lagu favorite aku. Sebab lain aku beli adalah, cover album ni yang aku rasa best. Haha~ Aku ni, bab suroh perabih rete, memang nombor 1!

Robbie Williams - Greatest Hits. Eh? Malu nak ngaku. Aku suka kebanyakan lagu dalam album ini. Ye~ Aku tau cover album dan artis ini sendiri looks a bit, or maybe soooooo gay, tapi lagu dia sedap jugaklah. Huhuhuhu~~~

Ini je lah harta karun yang aku berjaya temui hujung minggu lepas. Belum lagi aku korek laci almari bilik abang aku. Mesti jumpa Limp Bizkit (keep on rollin' bebeh. you know what time it is~ haha..), Slim Shady, Fat Boy Slim, Prodigy, Butterfingers, Search, Wings, Bon Jovi, Boney M, Scorpions dan banyak lagilah warisan-warisan pelik abang-abang dan akak-akak aku. Apa pun, semua memang dah tak pakai dah. Zaman sekarang zaman download. Kaset memang sangat dah tak laku dah. Semua ini sekadar kenangan dan akak kekal sebagai kenangan. ^^

Akhir kata dari aku, walaupun tak sesuai mana pon, aku nak jugak cakap -Ini baru rare!

9 comments:

Asang Da Condemnedemotion said...

wow.rare.aku ingat dulu collect Siri Panggilan Pulau Puaka. mane pegi yer kaset2 aku tu.demn

milah hasan said...

Panggilan Pulau Puaka? Memang tak pernah aku dengar.. betol2 rare asang.. peh~ baek ko carik balek.. tny aku, mane aku tau wei.. hehe

Fiera Kittenz said...

ahaaa aku ada gk meteora linkin park.. aku byk koleksi kaset westlife.. tu jeh yg aku bminat nk beli.. haha!

milah hasan said...

fiera.. standed la budak zaman kite beli westlife.. ni byk pengaroh akak-akak aku.. backstreet boys 1st album ade kot.. yg zaman 1996 x silap.. haha.. belom kira yg lagiiiiii lameeeeeee dr aku aku yg paliiiiiingggg tuaaaaaa.... hahahaha

mizz annie said...

rasis.
renduuuu zaman sekolahhhh kn? kn?
ingt lg x tempat rahsia kite simpan walkman dulu kt dorm 31? hehehehe ;p

milah hasan said...

tempat rahsia? hmm.. ampaian? abg DM? belakang dewan? dalam tong sampah? ah~ terlalu byk kenangan.. haha.. tp yg aku paling ingat bile akak dorm kite (x ingat sape name dia), kejot kita suboh2 nampak kita pakai walkman.. da la dia pengawas~ hahaha... rindu2! :D

Ja a B r a i n s t o r m said...

ah, ya. ada jenis orang yang suka kumpul benda rare. bukan kaset lah.

tak silap aku kenal orang kutip buku koboi.

anyway, aku tak reti nak hargai benda2 mcm ni. Baka dan nama aku dah cukup rare. *ecece

anyway, aku ingat dekat rumah ada kaset noraniza idris. rare x?

milah hasan said...

jaa.. kumpol buku koboi? kedengaran cool sekali! ke-rare-an baka dan nama kau aku malas~ nak komen... hehehehe.. lg satu, noraniza punye kaset?! mmg rare! eh, noraniza ade kaset ye? aku ingat dia buat stage performance jeh~~~~ hihihi.. :P

Ja a B r a i n s t o r m said...

aku nampak banyak buku koboi dekat lokin hari tu masa kita datang ipoh.

ya, tolong jangan kembangkan hidung aku lagi dengan mengkomen baka aku. hehe..

ha ah.. dia ada kaset!! "mari adik, mari abang, kecil besar tua muda" haha. bila dia buat performance, mesti bawak sekampung.