CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 4, 2011

Cita-cita Seekor Stork Muda.

Nama aku Stork. Milky Stork. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Zoo Negara. Aku berasal dari mana? Aku pun tak pasti... Tapi kalau ikut cerita orang tua aku, keturunan kami ada yang berdarah Kemboja, Semenanjung Malaysia dan beberapa pulau-pulau di Indonesia. Ah~ aku pun keliru.

Sepanjang aku membesar di sini, aku memang selalu bersiar-siar sekitar kawasan Ulu Klang ini sahaja. Kebanyakan jiran-jiran aku kat sini duduk dalam sangkar. Tapi keturunan aku memang dibiarkan lepas di kawasan tasik dalam ni. Mungkin sebab mereka tahu kami tidak akan pergi jauh, maka kami diberi kebebasan untuk berkeliaran di kawasan ini. Macam mana kami nak pergi jauh kalau dah sarapan, lunch dan dinner sendiri kami tak pandai cari?

Aku bersama orang tua ku ketika bersiar-siar di Ulu Klang.

Kami dididik dengan sogokan makanan oleh penunggu kawasan ni. Mereka ada ramai. Berbaju coklat belang maroon. Orang panggil mereka zoo keeper, tapi kami panggil mereka penunggu sebab hari-hari mereka tunggu kami untuk bagi kami ikan yang maha banyak!

Lama-lama aku muak. Muak dengan sogokan ikan-ikan daripada penunggu. Aku terasa seperti terikat di sini dan tak ada kebebasan. Suatu hari, aku khabarkan kepada kedua orang tua ku bahawa aku mahu merantau. Pergi jauh dan berdikari. Mereka membangkang kerana belum pernah ada seekor pun dari keturunan kami di Ulu Klang ini yang berani-berani keluar dari sini. Mereka takut mati! Takut mati kebuluran akibat kesukaran mencari ikan-ikan buat santapan diri.

Biarpun niat aku ditentang hebat, aku tetap pergi kerana aku tidak mahu terus duduk di takuk lama. Aku mahu melihat dunia luar dan isinya. Aku mahu sesuatu perubahan. Sesuatu yang luar daripada kotak. Bak kata penjajah British - something out of the box!

Kini di sudah hampir lapan bulan aku tinggal di Taman Equin. Di sini aku terasa bebas sekali seperti unggas petang yang bebas berterbangan. Setiap pagi aku akan ke satu simpang kegemaran aku. Aku terlalu asyik bertenggek di tiang lampu sambil melihat lelaki yang berbaju putih dan berseluar hitam itu berdiri megah di antara kereta-kereta yang banyak tak terkira. Tangannya ku lihat melambai-lambai ke arah kereta sambil mulutnya tidak berhenti mengeluarkan bunyi pritt! pritt! Mungkin itu mentera magisnya. Entahlah. Aku lihat dia sungguh gagah dan berani sekali. Kereta-kereta yang bersaiz lebih besar daripadanya seakan akur dengan setiap lambaiannya.

Aku pernah dengar bahawa nama lelaki gagah itu polis trafik. Sungguh agung namanya. Aku bangga kerana warna kami seakan sama. Tabik aku pada mereka. Aku berjanji suatu hari nanti, sebelum maut datang menjemput, aku mahu menjadi polis trafik!

Aku sempat menangkap gambar lelaki gagah pujaan ku ini ketika beliau sedang menggunakan magisnya untuk menahan sebuah kereta. Kredit gambar kepada si lotong cekong sebab aku pinjam kamera dia. Hihi~

7 comments:

Pakcu said...

tak faham

milah hasan said...

tak apa

mizz annie said...

gudluk kpd strok muda dlm usaha menjadi polis trafik yg gagah.
hahahaha!

Fiera Kittenz said...

Strok ni balik rumah ke x?

milah hasan said...

anie.. stork muda kata, muchas gracias senorita! :D

fiera.. stork sms kate, kadang2 dia balek gk ke ulu klang tuh.. tak nak di cop anak derhaka~ :P

Ja a B r a i n s t o r m said...

adakah stork putih itu kau? di berasal di ulu kelang dan sekarang berada di taman equin?

jika itu benar, maka
kau kena saman ke?

milah hasan said...

jaa.. stork putih mmg literally stork putih.. dan bukan aku..

dan aku tak pernah kena saman lagi.. wuu~