CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 2, 2011

Togel.

Hari tu aku dengan riang rianya berkain batik dan t-shirt, keluar depan rumah untuk mengangkat kain jemuran. Masa nak masuk rumah, abang aku tahan kat depan pintu dan cakap, "Mana tutup kepala? Apa guna pakai tudung ke sana ke mari kalau ke depan rumah tu tak pakai juga..."

Aku tersipu-sipu sambil ditemani kepala aku yang togel ini. Ya. Aku tahu aku salah. Tapi dalam rasa malu aku pun balas, "Samalah macam, apa guna dia pakai seluar panjang gi keje, gi mane-mane tapi pakai seluar pendek gi main bola..."

Abang aku pula sengih-sengih.



Moral: Marilah kita menutup aurat. **Aku pun nak kena rotan jugak ni... huhu..






*Keadaan di Mesir semakin menggusarkan. Update keadaan pelajar di sana aku baca kat sini (kepada sesiapa yang nak tahu keadaan kawan-kawan/saudara mara/umum, klik aje). Mari kita sama-sama doakan keselamatan mereka.

2 comments:

Neko D. 13 said...

ah.. bilakah hati boleh 100% melawan kehendak nafsu? terima kasih kerana memberi ingatan :)

milah hasan said...

my nafsu pon is so keji tahu.. wuuu~~~