Dengar-dengar Facebook nak tutup kedai pertengahan Mac nanti. Betul ke? Tapi ikut logik akal aku, kalau kedai tutup macam mana Mark Zuckerberg nak terus menambah harta? Dan pagi tadi dalam MHI, Ally Iskandar kata, “Abe Mark tak jadi tutup Facebook lah. Semua ni berita palsu belaka!”. Maka rakyat jelata sekalian, sila ber-Facebook tanpa rasa ragu, ok. Baru ingat nak layan Friendster balik.. Hihi..

Bercakap soal rangkaian sosial (RS) ini, secara peribadinya aku bermula dengan Friendster, MySpace, Tagged dan kini Facebook. Banyaaaaaaaaaaaaaak lagi sebenarnya RS yang wujud, cuma aku tak kebulur nak tahu je. Hehe.. Zaman sekarang RS digunakan untuk macam-macam hal. Selain bertanya khabar saudara dan rakan, ia juga kini digunakan sebagai saluran jemputan ke kenduri/reunion/sebarang acara, jualan barang, jualan orang, eh silap.. cari jodoh dan macam-macam lagilah. Benda mudah, bak kata Norkhairiah dalam iklan beras Faiza, ‘buat apa susah-susah~’.

Ber-RS, RS juga tapi beringatlah. Jangan sampai ketagih. Pagi tadi dalam rancangan Selami Jiwa, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah cakap seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih internet (atau dalam kes ini RS) sekiranya penggunaan internet melebihi 30 jam seminggu. Hah! Sekarang kira berapa lama anda-anda menghadap Facebook?! Eh, tapi kalau untuk tujuan bekerja, belajar atau sebarang tujuan yang mendatangkan faedah (atau duit.. hehe..), tak kiralah.. kot..
Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Arwah moyang aku pernah pesan (mak aku ceritalah) - “Benda yang sedap-sedap ni (dia rujuk pada makanan), kalau banyak-banyak memang tak elok. Jadi perpada-padalah”. Anda rasa RS ni sedap macam lengkong sirap tak? Aku rasa sedap! Haha.. Jadi mari kita aplikasikan nasihat moyang aku tu!

.......................................................................................
All the staff in my office have Google Talk. So, this is mine. See~ no friends yet lah. Just my boss and my lunch-time-friends. Huhu.. Whatever~
Eh, kalau YM dan G.Talk, orang tak panggil rangkaian sosial, kan? Jadi mereka apa?


5 comments:
thanks qabulkan request aku ni..haha
psttttt..aku jumpa jodoh dalam friendster..nak dgr cite x?
sopi! kebetulan jugak aku dgr pg tu fadzillah kamsah & jutawan irfan tu cerita2 psl internet addiction~ tu aku kabulkan permintaan you.. hehe
btw, ceritalah! nak tau.. hehe :D
aku kerja sekarang menghadap emel selama 12 jam sehari. aku kerja 4 hari seminggu. jadi masa kerja saja aku dah habiskan 48 jam main internet. belum masuk kegunaan internet untuk bersosial lagi. heheh.
(nak menang jugak)
btw, untuk kerja x pe kan?
ym dan google talk adalah.... next chapter
jaa.. kerja aku pon ngadap email dr pkl 830-530. so.. keje, takpe.. tak masok dlm calculation.. hehe
alfie.. ceh!
Post a Comment