Aku rasa semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa berlaku kekecohan di Mesir. Kalau belum tahu, sila Google. Nanti boleh jumpa banyak berita pasal ni.

Photo taken from here --> klik!
Aku bukanlah suka sangat ambil tahu hal-hal ni. Punyalah katak-bawah-tempurung-punya-orang. Tapi memandangkan adik aku ada belajar di sana, maka aku jadi nak tahu. Tambahan lagi my parents merancang nak lawat dia this coming chinese new year (tapi flight ke sana dah abang aku batalkan tadi).
Semalam aku google suratkhabar belah-belah sana. Aku baca berita, peh~ Agak dasyatlah. Ada satu berita ni tulis, ada perusuh-perusuh yang dihalang menggunakan live bullet. Akibatnya, 50 orang mati! Sorry aku tak dapat link kan berita ni. Dan malam tadi siapa tengok berita pasti tahu yang banduan kat Mesir tu dah terlepas dari penjara kesan kekecohan ni. Ada berita mengatakan internet dan telefon ditutup. Jadi, susah nak berkomunikasi.
Aku pun tak berapa jelas pucuk pangkal kekecohan ni. Tapi yang aku tahu ianya adalah untuk menggulingkan pemerintah Mesir yang dah 30 tahun memerintah mereka. Dengarnya kes di Tunisia yang trigger rakyat Mesir untuk mulakan rusuhan ini yang bermula Jumaat lepas. Ditambah lagi, baru-baru ni ada krisis makanan di Mesir di mana harga makanan dinaikkan pada kadar yang tak sepatutnya.
Walau apa pun yang terjadi, aku harap rakyat Malaysia di sana terutamanya adik aku selamat. Tak silap mereka ni dah diarahkan untuk berkumpul di Kedutaan Malaysia di sana. Harap semua selamat dan tidak terlibat dengan hal ni. Amin.
**Happy Chinese New Year for those who celebrate and Happy Holiday for others.


5 comments:
semoga adek asip ko selamat dari sbrg kecelakaan :)
*lama tak menjengah2 :p
neko... insyaAllah.. td kol, die kate dah kumpol kt rumah selangor.. tgh tgu arahan utk pelan seterusnya... banduan yg terlepas tuh yg buat seriau mendengarnye.. dengar2, 250 banduan yg patot kene hukum gantung sdg berkeliaran di sekitar kaherah... haih~ moga-moga dijauhkan..
*aku faham kondisi komunikasi atas talian kau.. hihi
moga adik kau selamat ya..
x ada khabar berita?
terbaru, ptg tadi (dlm kol 6 ptg sini, 11 pagi kot sane), adek aku ckp wanita hamil dgn student perempuan dah mula dipindah... yg laen-laen esok la.. my kazen kt iskandariah, dlm 5-4 jam lepas dah online fb (means dah ade internet connection).. adek aku kt cairo, maybe dah ade gak intenet tp dia x online.. x de masalah sbb masih boleh call.. makanan, hari tu kena catu.. arini bekalan makanan baru dah sampai... so far, walaopon kt bandarnye semakin kecoh, asalkan budak2 berkumpul kt tempat perkumpulan keadaan dilapor terkawal.. berita kn sini agak exaggerate.. so, jgn terlalu ikotkan berita..
tapi btul gak pe yg DR M cakap dulu mase nak berhenti "kiter mesti berhenti makan sblm kenyang" atau kata lain dier "kite mesti letak jawatan mase kita mula rasa sedap memerintah"...mungkin ini yg berlaku kat mesir~pabila tak mau melepaskan jwatan yg disandang...
Post a Comment