CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 30, 2010

Ferdinand dan Harimau Malaya.


Bola bukan minat aku. Tapi aku tau la malam tadi Malaysia kita menang bola sepak piala Suzuki menentang Indonesia. Tahniah Harimau Malaya! Eh, betulkan Harimau Malaya? Aku rasa betul dah. Sebagai rakyat Malaysia, mestilah aku rasa bangga juga walaupun aku tak pasti pasal skil-skil bola sepak ni. Pada aku, rakyat Malaysia memang patut rasa bangga. Masakan tidak? Bak kata sepupu aku, orang luar pun bangga dengan kita. ^^

Thursday, December 23, 2010

Nintama Rantarō

Tajuk pagi ini --> Kisah tuan rumah yang menakotkan! Saksikanlah~!


Seronoknyan tengok Ninja Boy Rantarou. Hahaha!

Tuesday, December 21, 2010

al-fatihah.

Matahari mula berlabuh diiringi jingga senja. Awan mendung berarak membawa berat hujan. Guruh berdentum bersedia mengiringi air rahmat. Sanak saudara dan sahabat handai seorang hamba Allah dipalu sebak, dihambat pilu. Hamba Allah yang disayangi telah pergi menyahut jemputan Ilahi. Air mata tetap membasahi pipi. Menahan duka dalam keredhaan.

Sesungguhnya mati itu benar. Tujuh puluh enam tahun menempuh hidup bukan bermakna kita sudah berkuasa. Ketentuan Allah itu tidak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat. Semua yang dicintai dan disanjungi di dunia ditinggal begitu sahaja. Terputus segala hubungan dengan sanak saudara dan rakan taulan. Apa yang dibawa cuma amalan di dunia.

Sebagai waris hanya doa yang mampu diberi. Mewah harta dunia bukan itu yang dia pinta. Tahlil pertama diiringi lebat hujan. Bukan untuk menyusahkan tetapi sebagai tanda bahawa Allah limpahkan rahmat di hari pemergian. Semoga yang pergi dapat berjumpa sang suami yang terlalu dirindui. Dan semoga mereka bergembira di taman syurga sebelum tiba hari kiamat yang dinanti.

Al-fatihah untuk emak ibuku yang pergi pada tanggal 20/12/2010. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Thursday, December 16, 2010

Terus Membantu.

Dalam dua minggu lagi kita akan tinggalkan 2010. Dalam dua minggu lagi kontrak aku sebagai pembantu penyelidik akan tamat. Tapi atas sebab-sebab kekeliruan profesion, maka aku berkira-kira untuk meneruskan kerjaya yang tak seberapa ini. Setelah aku khabarkan niat pada bos aku (yang sememangnya tak bagi aku berhenti sebab takde orang lain yang nak tolong dia kot..hehe..perasan~), maka dia beri kata laluan akaunnya pada aku. Bila aku tanya "Kenapa?," dia kata, "Nanti approve sendiri pengambilan awak tu."

Jadi tadi aku log in akaun aku > buat permohonan baru > log out akaun aku > log in akaun bos aku > pilih tarif gaji > luluskan permohonan aku sendiri. Siap! Tiba-tiba aku masih seorang pembantu penyelidik selama enam bulan pertama 2011. Hah~!

Masa pilih tarif gaji, bos suruh ambil tarif yang sama. Oh duit~~ Aku mahu lebih~~ Hahahaha!




Tiba-tiba nak tunjuk gambar budak kecik main air. Seronoknya tak payah pikir apa-apa. Weee~


Monday, December 6, 2010

Papa Suka Tanjong Karang.


"Kenapa papa suka sangat Tanjong Karang ni sebab hospitalnya buka 24 jam."

Hospital Tanjong Karang.

Sunday, December 5, 2010

Hujung Minggu Pertama Di Disember Ini.

Saya ada tiga jemputan kahwin. Satu dari kawan diploma dan dua dari kawan sekolah menengah. Tiga-tiga di kawasan keliaran saya. Hari Sabtu, saya pilih ke jemputan kawan diploma, Moktar. Jadi, maaf Abdah sebab tak hadir kenduri anda. Saya anggap kedatangan ibu bapa saya pada malam sebelumnya ke sana sebagai mewakili saya. Bolehkan? Hehe.. Hari Sabtu itu di akhiri dengan kedatangan kawan-kawan diploma lain ke rumah saya. Terima kasih kawan kerana sudi datang.

Hari ini, Ahad saya dapat mesej dari Izzati Liyana bertanya mahu ke kenduri atau tidak. Sumpah saya lupa. Memang malam tadi ada rancang, tapi hari ini saya lupa. Kenderaan yang ada di rumah sudah dibawa ke tempat lain. Jadi saya tiada berkenderaan mahu ke rumah Huda. Oh~ Maaf Huda. Semalam dengar-dengar Cik Dayah, Cik Ismah dan Cik Shima ada tidur di sini kerana bersama Cik La dan Cik Anie. Hari ini Cik Dayah ada ajak juga ke kenduri, tapi atas kelupaan mental saya, maka saya tak dapat ikut ke sana. Jauh mereka datang, saya tak dapat jadi hos yang baik pula di sini. Maaflah ya. Bukan rezeki kita. Cewah~ Lain kali kita jumpa lagi!

Maka, ini sahaja gambar majlis kenduri yang saya ada.

Tahniah Moktar, Abdah dan Huda~! Semoga kekal bahagia sampai bila-bila. ^^

Friday, December 3, 2010

Komen Aku.

Dua malam lepas layan "Ngangkung". Boleh tahanlah ceritanya. Kisah pasal tiga sekawan 'mintak nombor'. Pengajaran nilai-nilai moralnya banyak. Tapi kalau "Adnan Sempit" dapat lima bintang, aku beri filem ni dalam tiga setengah bintang atau mungkin empat bintang kalau aku kipas susah mati Sam.


Malam semalam pula aku tonton "The Social Network". Ini semua kes terbaca hal-hal filem ini di blog seorang kawan. Lepas baca entri terbabit, aku ada la buat bacaan-bacaan sikit di Google. Nasib baik aku baca-baca gak, baru syok sikit menonton. Seorang member yang follow ni memang dah layan mata la sebab 'tertinggal keretapi' di tengah jalan. Hehe~ Oh. Komen aku: kalau kau faham, kau rasa filem ni best betol. Kalau kau tak faham, kau kata "Ape bendelah diorang ngarot tuh!".


Oh! Sebelum aku tonton filem semalam, seharian aku baca kisah Mona Fandey di sini. Belum habis baca lagi. Ada sikit lagi aku nak habiskan sebenarnya. Apa? Kau tak kenal Mona Fandey? Rabu lepas tak tengok Kes di TV3 ke? Kecik-kecik dulu tak tengok berita ke? Ah~ Google saja... Aku tak nak komen apa-apa mengenai kes ini. Aku baca sekadar menambah pengetahuan. Tapi satu aku nak tanya anak-anak gadis masa kini: "Korang pakai legging di khalayak ramai tu, tak rasa macam fesyen Kak Mona ke? Suke ye~?" ^^








Masa menonton "The Social Network", ada enam orang je dalam panggung! Hahaha!