CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 7, 2010

Yeay!!

Selepas aktiviti ini, saya telah ke rumah abang saya. Saya di sana seminggu. Pada awalnya, akibat abang saya terlalu takut saya kebosanan dia berkata, "Cik (ini aku, ok) kalau nak keluar cakap la, orang hantar." Aku kagum! Sebab dia memberi lampu hijau untuk keluar malam. Sebagai anak dara Tanjong Karang yang berkeluargakan keluarga aku, peluang keluar malam adalah dilihat sebagai sesuatu yang hampir mustahil, melainkan anda tinggal bersama kawan-kawan. Heh~

Jadi saya tanpa berlengah meng 'show off' kan diri di Pesbuk. Hasilnya, esok hari saya telah berjaya meluangkan masa yang terlalu lapang saya bersama Cik Eina Syarafina, Cik Aimie Aiza, Encik Kuden Faisal dan Encik Alfie Bagas. Yeay!! Saya suka~ Love! Love! Love! Next time jumpa kita lagi! :D

Ok. Kembali kepada niat asal membuat entri ini. Saya telah penat basuh, bilas dan perah otak saya. Tapi sampai saat ini saya masih kebuntuan. Tiada akal mahu tulis apa. Nasib separa baik. Thanks to Encik Zarep, sebab dia saya boleh update blog saya. Haih~

Bagi manusia-manusia penulis blog yang tidak berapa berbakat malah mungkin memang tidak berbakat langsung macam aku ini, kadang-kadang ditag orang adalah sesuatu yang dimahukan. Hahaha~

Ini senarai soalan dan jawapan tag tersebut. Sila baca kalau mahu. Kalau tidak mahu, sila klik butang merah bertanda pangkah di sudut kanan atas tetingkap anda.

1. Adakah anda rasa "hot"?
Definitely yes. Dikala masalah pemanasan global ini semakin meruncing, aku memang hot 24/7.

2. Upload wallpaper laptop/pc yang anda guna sekarang! dan nyatakan sebab:
Malas. Tapi buat masa ini dan masa-masa lampau saya guna logo Transformers yang berwarna putih kekelabuan dengan latar belakang pitch black.

3. Kali terakhir makan pizza.
Mungkin kira-kira sebulan seminggu lalu, ketika menyambut hari jadi Encik Hasnul kawan Encik Faizal Riza, eh kawan saya juga~ Tapi itu pizza cap Domino, bukan Pizza Hut. Boleh ke?

4. Lagu terakhir anda dengar?
Err... tanya lagu terakhir seperti aku hampir menghembus nafas terakhir pulak~ hehe.. Oh, apa pun lagu yang paling baru dengar sebelum pos entri ini adalah lagu "My Ear's Candy by Baek Ji Young featuring Taecyeon (2pm)". Heh~ Sorry boys, it's Korean. ;p

5. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Semestinya bermesyuarat di Facebook, laman membuang masa anda! Hehe. Dan baru lepas berbual mesra dengan Puan Harianifa'idza, kakak sulung saya.

6. Selain nama sendiri anda dipanggil apa?
Err.. apa ye.. Oh~ Nama saya di rumah adalah Cik. Dengar cerita, dahulu saya mahu dipanggil Kakak Kecik. Tapi saya tahu sebut Tatak Tetik (akibat kepelatan terlampau). Jadi arwah atuk saya belah ayah suka usik saya dengan panggilan Katak Kecik. :D

7. Tag lagi 4 orang.
Saya malas. Tapi saya buat juga ini. Heh~ Saya mahu tag Encik Ja'a Arif, Encik Alep Halif, Cik Tiya Waldrof dan Encik Man Molok. Kalau mahu, sila buat entri. Kalau tak mahu, sila buat tak tahu. Sumpah saya tak marah. Hoh~

8. Berikan 5 yang anda tahu tentang yang orang yang mengetag anda.
Oh~ Zarep namanya. Dia kawan Charles, kawan kelas saya. Dia juga kawan sekolah Faseh, kawan kelas saya juga. Dia sudah ada kekasih hati, budak Fizik. Hehe... Ye ke? Err... Zarep bukan jenis cakap kuat-kuat dalam makmal komputer, saya dan kawan-kawan saya sahaja yang selalu kurang sopan. Hehe. Oh, dia mungkin suka bola sepak. Opss, saya dah bagi berapa? ;p


Aku ada satu soalana: Mad cow disease tu, macam ni ke ha? Hahaha..

9 comments:

chameytto said...

ngeri tol tengok tangan ko tersadung haha

-zArEp- said...

ceh...character aku mcm ko tiru bulat2 je time dlm makmal komputer ritu...hahaha....

alfiesyahril said...

rasist dalam krisis identiti dan mental sekali,hahaha!

milah hasan said...

zarep: selain tu, bile lagi ko duduk paling dekat dgn aku? hak3

chameytto & alfiesyahril: pnt aku taip panjang2, kome tengok gambo tu ajeh?! ceh~

Anonymous said...

name aku pon ade jugak...time kaseh~

-ko mesti tau sape aku-

milah hasan said...

xde pon yg bernama "-ko mesti tau sape aku-" dlm entri aku..huh! ;p

Anonymous said...

ooo yeke? aku slh blog r kot...huhu

Anonymous said...

ko ni xde keje ka racist? hahahaha

-kuden

milah hasan said...

heh~ :D