CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 17, 2010

Bicara Dengan Kawan.

Hampir tengahari. Matahari hampir tegak. Aku hampir bosan. Lalu tangan mencapai telefon genggam dan menaip mesej. Mesej buat kawan jauh. Bukan sebab rindu. Bukan sebab teringat. Tapi sebab tertanya-tanya apa si kawan buat hari-hari waktu kerjanya.

Perbualan dimulai dengan kata sapa berbunyi, "hai!". Si kawan membalas dengan bertanya adakah dia dirindui. Huh~ Pasti tidak kerana antara kami tiada cinta. Aku membalas yang aku sudah tak punya kerja. Malah tertanya-tanya apakah kerja aku. Si kawan kata kasihan pada aku dan merasakan aku dirundung kemurungan ataupun punyai krisis identiti. Hah?! Adakah aku berbunyi kemurungan? Adakah aku juga kelihatan seperti mak nyah yang kalut mahu mencari wang untuk ke Siam membuat penukaran jantina?! Pasti tidak!

Kemudian aku menyambung bicara. Aku kata aku tidak punya apa mahu difikir. Aku jadi bingung. Dengan santai mesejnya berbunyi, "Ko pk ms dpn la, pk nk kawen ke. xpun tulis blog pasal aku ke, hahaha!". Pilihan pertama jauh lagi dari jangkauan akal aku. Lalu aku memilih pilihan kedua. Tetapi bolehkah aku cerita soal dirinya? Soal peribadinya? Soal tata susilanya? Soal makan minumnya? Soal musik hitamnya? Dan semua itu untuk tatapan awam. Aku rasa tidak wajar. Aku bingung lagi. Namun aku terfikir untuk menaip sesuatu juga sebagai galang gantinya.

Hoi kawan! Nah! Ini dia hasilnya. Terima kasih kerana membuat aku mengisi masa senggang aku. Walaupun kecil tetapi budi kau, aku bawa ke mati.Ceh. ^^

12 comments:

Anonymous said...

eceh racist~ hahahha

milah hasan said...

ecececeh~

Anonymous said...

msg abang ek? rindu nk kene luku r tu~ hahahaha

milah hasan said...

kecohla ko. malas nk layan. selalu aku msj ko x mo bising pulak.heh. ke ko pon nk entri psl ko abg kuden~~~

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

mesej aku plak.berjela-jela nanti aku tulis pasal kau.wakakaka.

Anonymous said...

uish...marah~ ye r...huhu

milah hasan said...

razi, aku nk msj ko cmne..nomo ko pon tate.. ceh...ape kate ko msj aku dan kate, wei bosan ah.. hahaha..pastu mst aku reply, kalo bosan tules la blog psl aku... keh3...

kuden. x marah pon.. sj mls nk lyn ko.. hahahahaha

alfiesyahril said...

akhirnya,hahaha! ko tulis jugak rasist, pergh,mcm tambah2 perisa sket,hahaha! kesian kawan aku ni boring, papehal pun, mekaseh,hehe!

milah hasan said...

perisa ape bagas?

Anonymous said...

milah tour!

Anonymous said...

milah tour!

alfiesyahril said...

perisa epal tanpa aji no moto,hehehe!