CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

Karangan Tahun Baru.


Di zaman teknologi internet ini, sudah menjadi lumrah bagi kita manusia sejagat mempunyai akaun facebook. Sama ada secara kerelaan diri, tuntutan komunikasi mahupun paksaan rakan-rakan, semuanya terpulang kepada individu. Tamat pendahuluan.

Pada malam menjelang tahun baru ini, aku telah meringankan jari-jemariku untuk bertegur-sapa dengan beberapa rakan-rakan sekolahku dahulu yang ada di talian facebook. Ini kerana aku tergolong dalam golongan budak-budak-yang-lost-contact. Maka, pada fikiranku wajarlah kiranya aku yang bertanya khabar pada mereka, bukan sebaliknya. Salah seorang daripadanya rakan yang ditegur adalah Encik Aiman Hafiz (sejak masuk tingkatan 4, mane tahu pape pasal dia ni). Aku sangka dia sudah lupa pada aku. Rupa-rupanya tidak. Bagaimana dia masih ingat? Baca secebis perbualan di bawah.

10:52amMilah-Rasis
hai aiman.

10:55pmAiman Hafiz
hola
como es tas
??

10:56pmMilah-Rasis
bien.
hehe..betol ke...ko ingt ke aku nih?
muskil aku

10:56pmAiman Hafiz
igt
sbb ko org first yg sebut "bijiran"

10:57pmMilah-Rasis
bijiran??bile wei??hehehehe

10:58pmAiman Hafiz
ntah aku pun xigt ble
tp lps ko sebut sumer gelak
hahahah
aku pn glak skali
hahahha
Banyak-banyak tragedi aku di sekolah (contohnya jatuh kerusi, jatuh longkang, jalan itik tepi surau, enjut ketampi di saf paling depan lepas sembahyang subuh), kenapa tragedi yang aku tak ingat itu yang terlekat dikepalanya. Malu aku. Ceh.

Apa-apa pun aku seronok dapat berbual-bual sedikit dengan Aiman, Shima Shariffuddin, Saidatul Akma, Zairul Zamir, Khamarulaini dan Shafie Jameran (beberapa budak-budak sekolah aku dulu). Sekurang-kurangnya aku meletakkan secebis usaha untuk terus berkawan dengan rakan-rakan sekolah dulu. Tamat isi kandungan.

Semoga tahun baru esok membawa kebaikan kepada aku dan semua. Selamat tahun baru 2010. Tamat penutup.

Nota guru:
*Penutup agak lari tajuk.
*Baiki struktur ayat.
*Karangan terlalu pendek.
*Jangan guna pen merah semasa menulis karangan!!
*Ejaan! Pape itu apa???

Markah:
48/100

Nikmat ketam yang perlukan usaha.

Sejak aku kecik, aku dah develop habit - kalau ade lauk ketam kt umah, makan nasik dulu, dah abes baru makan ketam. Semua ni sebab aku selalu leka atau menghabiskan mase dengan sangat lame dalam proses mengopek/membedah/mengupas/mengorek ketam. Akhirnya, bila isi ketam dah ade, nasik aku pun dah sejuk dan tak sedap di makan dengan ketam.

Tapi hari ini lain jadinya. Sampai je rumah (aku balek kampung sempena new year), aku nampak ketam masak lemak di atas meja. Tak selera lagi. Nak lepas gian maen facebook dulu sebab internet di kampus aku seperti siput vavi lagaknya.

"Kruk krak kruk krak". Perot bunyik. Aku pun teringat ketam tadi lantas menyebatnya masok ke dalam pinggan ditambah dengan 2 sudu kuah masak lemak dan sekelumit nasik sebesar tapak tangan aku amaunnya.

Aku cubit ketam sikit, aku makan dengan nasik. Aku korek isi ketam, aku suap dengan nasik. Aku kopek kulit ketam, aku amek isinya makan dengan nasik. SEDAP BETOL! Dah lama aku hilang nikmat ketam yang di makan dengan nasik. Buat sementara, aku lupa pada habit aku. Dah terlalu lama aku tak makan ketam pasalnye~ Tak ku duga ketam yang disatupadukan dengan nasi berasa sungguh enak berbanding ketam yang dimakan bersendiri.

Lama aku makan. Betul-betul lama. Habis ketam pertama, aku ambil ketam kedua. Aku teringat habit lama. Aku lupakan nikmat sementara. Aku pun makan ketam saja. Malaslah makan dengan nasi. Ceh.

p/s: kalau dah malas, malas juge~
pendidikan moral hari ini: kalau mahu rasa nikmat, janganlah malas usaha.

Friday, December 25, 2009

Sudden headache.

Tiba-tiba kena bersiap-siap pagi ini.
Prepare nak pergi kenduri.
Kepala aku pening sekejap.
Bukan sekejap, tapi berdenyut dari malam tadi.
Terkejut sikit.
Anyway, thanks to Kuden Benyot.

*bukan aku tak suke taw. i LOVE it!!!

Wednesday, December 23, 2009

Berat Bertan-tan.

Jam 10.00 pagi, beta bersiap untuk berpindah singgah sana.
Singgah sana sementara sudah halau beta keluar.
Jadi perlu ke singgah sana tetap.
Kemas barang dan angkat pergi depan lif.
Barang-barang beta, Cik Odah, Cik Fast dan Cik Koyum banyak.
Maka, barang-barang diangkat satu persatu ke dalam lif.
Tiba-tiba....

"Tet! Tet! Tet!"

Lebih muatan ke?
Kami tutup lif.
Dalam lif beta baca, 'Kapasiti muatan 1000kg atau 15 orang."

Wosh! Banyaknya barang kami!

.
.
.
.
.
.
.
.

*Later on baru kami tahu,
lif berbunyi bukan sebab lebih muatan.
Tapi sebab buka pintu lif lama sangat.
"Aku selalu kena~", kata Cik Fast (rakan sesinggahsana).

Ceh.

Burung Berlari Laju!

Hujung minggu yang lalu,
persoalan yang bermain di benak kepala
dan meja perbincangan rakan-rakan saya adalah:

Adakah Burung Unta dan Burung Kasuari itu sama?

Jawapan: Tidak sama sekali.

Kenapa tidak?
Bukan kerana beza kepantasan mereka berlari
(seperti yang disarankan oleh cik fatiya kawanku nan satu),
tetapi kerana ciri-ciri fizikal mereka sendiri (agaknye~).

Ini adalah gambar mereka.

Burung Unta = Ostrich = Struthio sp.

"Ape tengok-tengok? Nak tiru stail rambot ke ha?!"

"Lihat kaki ku. Panjang kan?~ Ku mampu berlari laju."


Burung Kasuari = Cassowary = Casuarius sp.

"Dari tepi baru leh nampak jambol ku~"

"What are you lookin' at? You mess with me, I mess with you."

.
.
.

Moto entri kali ini: Kalau ada ilmu, kita kongsi sama-sama.

Saturday, December 19, 2009

Notis Penting Jika Mahu Selamat.

Jika anda menginap di bilik rakan anda
tanpa permit penginapan yang sah,
anda hanya perlu melekat notis ini
di hadapan pintu almari bilik anda.
Ia penting apabila anda ke tandas, kafe, court badminton,
bilik rakan, shopping mall atau lain-lain tempat.

Keselamatan anda, keutamaan saya~

Friday, December 18, 2009

Cerita Disember 2009.

Tanggal 16 Disember, saya dan rakan-rakan
(termasuk cik Odah)
telah ke Hutan Simpan Teluk Bahang.
Buat projek kecil-kecilan.
Tetamu jemputan adalah Adek Daus,
yang menjemput dirinya sendiri sebab makan free
dan jalan-jalan masuk hutan.

Papan tanda.
Photo by Cik Odah or Adek Daus

Projek.
Photo by Encik Rashid.

Rakan yang turut 'memerojek'.
Photo by Adek Daus.

Meng'usha' kutu babi a.k.a cengkenit.
(Seteru utama dalam perjalanan di hutan)
Photo by Adek Daus.

Tetamu jemputan dan saya - sebelum pulang.
Photo by Cik Odah.

Habis cerita gambar.
Cerita motif pula.

Motif entri ini sebenarnya adalah mengenai
kutu babi a.k.a cengkenit.
Si kecil ini adalah penghisap darah tegar,
yang mampu mencengkam kulit sekuat spanar boleh laras.
Mahu tahu lebih lagi?
Klik ini --> Kutu babi a.k.a cengkenit.

Setelah pergi ke hutan beberapa kali baru-baru ini,
saya telah diserang bala tentera si kecil ganas ini.
Maka, kesan serangan tersebut telah berlarutan selama
berminggu-minggu bermula pada 7 Disember.

Perasaaan saya?

Gatal.
Pedih.
Perit.
Sengsara.

Rakan saya menyarankan supaya
saya menggunakan Minyak Mestika Bayi.
Tetapi saya tidak jumpa,
lalu saya telah menggunakan
beberapa produk bermutu yang
diperolehi di kedai ubat dan farmasi berdekatan.

Produk-produk ini berkesan.
Cubalah!

Habis cerita.

Thursday, December 17, 2009

Bidok.

Nek Jah pening. Sudah berkali-kali dimarahi cucunya agak tidak bermain di luar rumah, tapi cucunya berlagak umpama jembalang. Ingkar segala arahannya. "Bidok! Bidok!" jerit Nek Jah lagi.

Amelia, Danish dan Zikry sejak dari tadi leka bermain di depan rumah. Jeritan 'Bidok' neneknya tidak dihirau mereka. Mereka terus bermain keriangan.

Tiba-tiba kelihatan seekor anjing rottweiler yang garang sedang merayap-rayap di kawasan kejiranan mereka. Anjing itu kemudian berlari-lari ke arah mereka sambil menyalak-nyalak seperti kerasukan syaitan. Dari mana datang si anjing gila sebesar raksaksa ini, tiada siapa yang tahu.

Ketiga-tiga budak bergaya jembalang tadi kaget. Permaian galah panjang di hadapan rumah ditinggal pantas. Mereka berlari sepantas kilat kedalam kawasan parkir rumah dan terus mengunci pagar.

Rottweiler menyalak lagi. Makin lama makin kuat. Makin lama makin dekat. Mereka berlari ke dalam rumah dan menutup pintu dengan rakus. Nasib mereka baik, anjing syaitan tadi tidak berjaya mencuri masuk.

Nek Jah yang mendengar dentuman pintu, berlari dari dapur. Nek Jah terlihatkan cucu-cucnya yang tercungap-cungap. Lalu Nek Jah berkata, "Ha! Kena kejar anjing? Rasakan! Dari tadi nenek jerit bidok, bidok, semua tak nak dengar. Padan muke dikejar bidok."

Amelia menggaru kepala. Danish mengerut kening. Zikry mengesat peluh dan berkata, "Ooooo......Big dog..........Nenek ni........."

Amaran: Muslim diharamkan memegang anjing ok!

Monday, December 14, 2009

KSK - Kawan Saya Kahwin.

Raja Perempuan Muda dari Negara Antah-Berantah bersama gadis-gadis manis.

Penjodoh bilangan bagi perbualan adalah kaki.
"Kaki-kaki ini sedang mengadakan sekaki perbualan."

Bersantap akibat kelaparan di hari persandingan.


Tiada apa yang lebih nikmat di temasya kenduri yang bercuacakan cuaca panas gedegang melainkan air sirap kenduri yang sedap.

Remang Senja.

Saturday, December 12, 2009

"Umi di Jeddah"

Ini kisah Umi ketika lawatan ke Jeddah. Umi adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak wanita iaitu Along, Angah dan Adek. Baru-baru ini, Umi berkesempatan ke Jeddah atas tajaan Anggun Wanita Association (AWA) - persatuan yang dianggotai oleh para wanita yang memperjuangkan hak asasi wanita-wanita seluruh dunia. Jadi Umi tidak melepaskan peluang keemasan untuk ke sana. Ini gambar-gambar ketika Umi di Jeddah.

Umi ketika baru tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Umi terpaksa memakai mask kerana khuatir dengan virus H1N1 yang kini sedang menular di mana-mana.


Umi sedang bersiap-siap sambil berusaha menutup anak rambut yang terkeluar dari anak tudung sebelum Umi keluar mendapatkan air zam-zam.


Umi sedang berbual-bual dengan sahabat Umi selepas berjaya mendapatkan air zam-zam.


Umi teringat Along, Angah dan Adek di Malaysia. Jadi Umi merenung tingkap sambil membayangkan anak-anak Umi sedang berlari berkejaran di halaman rumah.


Umi bergambar sebelum pulang ke pangkuan keluarga.

Zaman Tok Kadok Punya Cerita.

Minggu ini saya agak kesibukan. Sudah lama tidak buat entri, jadi malam ini berkeinginan pos satu entri. Difikir-fikir, banyak hal mahu cerita. Dari soal kutu babi di kaki, cerita pesta hoki yang menyerempakkan aku dengan Wak Jazuli (coach sukan sekolah menengah aku dulu) yang berkata-kata menusuk dada, anak saudara baru yang lahir berselang seminggu (Muaz & Hamzah) dan kisah si bintang yang berbentuk lelaki memburu yang ada sesuatu di dalam kainnya.

Aku fikir 'bagaimana mahu cerita?'. Sejam. Kosong. Dua jam. Kosong lagi. Otak aku tepu. Mati kata. Telinga aku pula disogok dengan lagu Jelingan Mata dendangan Allahyarham Saloma. Akhirnya, aku tiada cerita untuk entri ini.

Jadi aku cuma mahu beri pengetahuan umum pada semua. Nah! Ini dia................

Sampel kad pengenalan zaman tok kadok.
*mesti korang tak pernah tengok kan?? hehehehe..

Friday, December 4, 2009

Mase puase hari tu~

Sesi imbas kembali.

Mase puase hari tu~
Kak Uli (kakak no. 2) sekeluarga datang ke rumah.
Husbandnye je tak ikot.

Lepak-lepak depan tv, layan budak-budak.
Tiba-tiba, Duan (anak nombor 3) minta dokong belakang atuknye.
Atuknye pun berlakon menjadi kuda.
Dibuat-buat merangkak, dan Duan pun panjat belakang.

Duan lasak sangat.
Atuknye pun cakap,
"Dah-dah, atuk tak larat."
Duan tak nak turun.
Tiba-tiba Furqan (abang Duan)
dengan selambanye buka mulut.......

"Dah la tu Duan~
Atuk kan puase.. Dah lah tua~"


Aku dengar. Aku nak gelak ke, nak marah?

.
.
.
.
.

Kami semua gelak~

Wednesday, December 2, 2009

Tragedi 2 Disember.

Esok aku mahu pulang ke Penang.
Papa, mama dan Sideki (adek) mahu ke Dumai.

Jadi papa, mama dan aku ke rumah nenek.
Niat asal mahu menyampai khabar pemergian kami.
Nasib sedikit tergelincir,
nenek pergi berurut di rumah tukang urut handal.
Yang ada Man Ho dan Aunt Diah (adik-adik mama).

Borak-borak dengan mak cik yang satu ini.
Cerita banyak hal.
Antaranya kes budak-budak curi tebu depan rumah
dan perihal subsidi beras.

Aku terimbau kisah lame.
Lalu aku buka mulut, menyahut bicare.
"Mase kecik-kecik, Cik dan kawan-kawan
suke curik tebu kat rumah Cina jual pasir depan tu.
Satu hari pak cik Cina tu keluar rumah.
Tak pakai baju, berseluar pendek dan pegang parang.
Kitorang dah terkincit ketakutan.
Khuatir tragedi 13 Mei berulang kembali.
Tapi rupa-rupanya, pak cik Cina baik hati.
Tebu dipotong kecil-kecil dan dibagi pada kami."

Borak punye borak. Tunggu punye tunggu.
Nenek tak balik lagi.
Kami pun minta diri dan tinggalkan salam untuk nenek.

"Jom makan kat Taman Bayu," papa ajak dalam kereta.

Neskapi ais, neskapi 'o' panas, limau panas.
Roti telur satu, roti kosong dua.
Kuey teow goreng, tapau untuk Sideki.

Borak-borak, cerita pasal pengalaman mase kecil.

"Mase umur papa 3-4 tahun, papa disuruh
jalan bawah keranda atuk papa. Orang tua-tua kata,
biar nanti tak teringat-ingat si mati."

"Mase mama 4 tahun, mama makan dengan Wak Yam (sepupu mama).
Wak Yam bersila. Tiba-tiba ular jatuh dari alang rumah,
betul-betul dalam silaan Wak Yam.
Mama ingat betul tragedi tu."

"Cik memang boleh ingat arwah atuk ampang (atuk belah ayah)
duduk kat tangge, pakai baju putih, kopiah putih,
dan ejek cik - katak kecik. Rasenye mase tu Cik baru 2 tahun."

Kesimpulan kami, perkara yang extreme mase kecik-kecik,
memang kite boleh ingat.


Sebelum balik rumah, tiba-tiba.................

"Eh! Yah bawak duet tak?" papa menjerkah. Mama geleng.
"Cik?" papa tanye aku. Aku geleng.
"Alamak...Macam mane ye??" papa kerut kening.

Papa seluk-seluk poket seluar.
Kami dah berdebar-debar.
Nasib baik jumpe Rm1 x 5, Rm 5 x 1 (kombinasi sempurna).
Kalau tak, cuci pinggan la jawabnye~ hehehehe...

Tuesday, December 1, 2009

Cerita Politik Kita.

Semalam jadi driver kejap sebab ayahnye dah ngantuk.
Borak-borak dengan emaknye.
Cerita sikit pasal politik.
"Kenape lah dengan negara kite sekarang.
Mase Dr.M, sibuk dengan Wawasan 2020.
Mase Pak Lah, buat Islam Hadhari pulak.
Sampai kat Najib, 1Malaysia pulak.
Mane pergi rancangan Wawasan 2020 tu?
Sekarang belum lagi tahun 2020,
rancangannye dah senyap.
Program Islam Hadhari pun dah tak ade.
Sekarang 1Malaysia ni,
tak tau lah macam mane nasibnye kalau tukar PM lagi."
Aku terfikir.
'Tak boleh ke pemimpin baru
teruskan rancangan pemimpin lame
bile mereka ambil alih tampuk kepimpinan?
Kalau asyik tukar je, macam mane nak tahu
keberkesanan suatu rancangan?'
Betul tak?

Di sini aku bukan nak pangkah parti ini,
mahupun melobi parti itu.
Aku bukan kaki politik pun.
Cuma apa yang aku dengar, buat aku terfikir.
Sebab, aku kan rakyat Malaysia jugak.