CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 14, 2012

Mi Madre

Mi madre atau emak saya merupakan salah seorang penggemar drama-drama Melayu di kaca TV. Beberapa minggu yang lalu, saya yang kecil molek ini telah pulang ke kampung dan berjumpa dengan emak saya. Di malam hari, TV3 telah menayangkan sebuah drama berjudul "Telekung Buat Mama", lalu saya yang ingin meluangkan masa bersama emak saya telah mengajak beliau menonton drama tersebut. Ajakan saya dan perbualan pendek kami seterusnya adalah seperti berikut:

Saya : Mama, jom tengok cerita Melayu ni.

Mi madre : Tak nak lah. Sekarang mama memang dah tak tengok cerita Melayu.

Saya : Amboi~ Kenapa? Bukan mama suke ke tengok cerita-cerita Melayu macam ni?

Mi madre : Memanglah suka. Tapi sekarang, kalau mama tengok cerita Melayu je, tiba-tiba keluar hantu. Kalau cerita Melayu je, ade hantu. Malas mama. Buat takut je. Dah lah duduk sorang-sorang. Papa kan selalu keluar. Baik mama tengok cerita binatang-binatang* ajeh. Kompem takde hantu.

Saya : Hahahahaha..

*cerita binatang-binatang = Animal Planet


Ulasan:
Akibat lambakan filem/drama Melayu yang berunsurkan hantu/perkara-perkara misteri, stesen TV tempatan telah kehilangan seorang peminat drama tempatan iaitu emak aku. Rugilah mereka. :P

Gambar ini betul-betul sekadar hiasan serta tiada kaitan dengan isi mahupun tajuk entri ini. Oh, atau mungkin ada kaitan dengan Animal Planet sahaja. Hehe.

p/s: kewujudan gambar bagi satu-satu entri kelihatan agak penting untuk bagi entri nampak macam cantik. ^^


Wednesday, February 8, 2012

Telur

Tahukah anda:

Sekiranya anda membeli sepuluh biji telur ayam dan kemudian meninggalkan mereka di dalam kereta anda selama 24 jam bermula daripada jam 5 petang hari ini sehingga ke jam 5 petang esok hari, percayalah bahawa telur-telur ayam tersebut tidak akan menetas tetapi ia akan bertukar kepada telur tiga suku - maksud saya telur masak tiga suku. *Pastikan cuaca adalah sangat panas/terik/cerah/ceria dan tidak hujan.

Sekian, sahaja tips masakan saya pada hari ini. Sila jangan patuhi. Hehe..

Berikut adalah contoh gambar telur-telur tersebut. Secara seriusnya, keputusan eksperimen mendapati kesepuluh-sepuluh biji telur yang dinyatakan di atas betul-betul berubah seperti gambar di bawah. Walau bagaimanapun, ini sekadar gambar hiasan yang dipinjam tanpa kebenaran daripada laman blog yang mencadangkan cara masakan telur tiga suku yang sebenar - maksud saya menggunakan air panas dan bukan diletakkan di dalam kereta.

Selamat mencuba! ^^


Thursday, February 2, 2012

Header & Footer

Pada tanggal 2 Februari 2012, saya mahu berkongsi rasa gusar bersama rakan-rakan pembaca. Jika ada yang masih membaca, alangkah kagumnya saya kerana saya sendiri sekali-sekala baru buka blog ini. Jutaan, opss bukan, infiniti terima kasih daripada saya a.k.a tuan tanah. Hehe.

Oh. Oh. Berkenaan kegusaran saya - sejak akhir-akhir ini memanglah saya seperti ketandusan akal untuk update blog. Bab ini memang telah umum sedia maklum seperti keluhan-keluhan saya dipos-pos lepas (mengeluh je kejenye. haha). Ok, back to the topic. Pucuk pangkal kegusaran atau kata lain, keluhan saya yang seterusnya adalah berkenaan kekelaman blog ini sendiri. Warna kelabu memang saya nak kekalkan, tetapi header dan footer, aduhai~ alangkah lamanya saya guna yang itu-itu juga. Haha. Nampak sangat kemalasan yang melanda bukan setakat pada isi kandungan blog sahaja malah hiasan dalaman juga mendapat impak yang sama secara seriusnya!

Bersabarlah wahai Blog Warna Kelabu. Tuan tanahmu ini akan mengumpulkan sepenuh kerajinan dari segenap pelusuk diri untuk sekurang-kurangnya menukar header dan footer blog ini, ok?

Sekian dahulu keluhan kali ini. Lain kali saya mengeluh lagi.

p/s: Hidup ini jangan suka mengeluh sana sini. Tak bersyukur namanya. Mengeluh pasal warna blog, tak ape~ ;p

By the way, this photo has nothing to do with the above writing.
It just a photo of some dirty feet taken by me at a wedding event in Cameron Highland, Pahang.
Bwahahahaha! :D

Tuesday, January 3, 2012

2012

Dear all,


It's 2012!

Happy New Year people!

Yours sincerely,
ME.

p/s: need to update this 'thing' frequently. warghh! what to write about??

Friday, December 9, 2011

Baru

Saya dah kerja di tempat baru.
Laluan baru.
Cara kerja baru.
Suasana baru.
Rakan sekerja baru.
Makanan tengah hari baru.
Bau baru.
Perasaan baru.
Tekanan baru.
Senyuman baru.
Meja baru.
Kerusi baru.
Semuanya baru.
Dan yang paling penting, semangat baru.
Perlukan semangat baru supaya lebih berkeyakinan dalam mengharungi dunia baru ini.

^_________^

Wednesday, October 26, 2011

Kucing Ku Belang Tiga.

Tadi petang, bekas anak murid ayah aku telah datang berziarah sebagai tanda ingat-ingatan buat ayahku yang akan berangkat ke Mekah bersama isteri beliau (merangkap ibuku), Jumaat ini. Malang tidak berbau, ayah aku tiada di rumah dan tidak dapat dihubungi (kerana beliau mempunyai hobi meninggalkan handphone di rumah).

Jam 7, bapaku pulang dari kota (pekan Tanjong Karang je sebenarnya), memberi khabar bahawa beliau telah melepak di bengkel bersama kereta beliau yang sering sakit sejak akhir-akhir ini. Setelah diceritakan soal penziarahan sebentar tadi, lalu ayah aku tidak senang duduk kerana beliau tidak ingat langsung akan si anak murid ini, tetapi beliau sangat teringin berjumpanya. Mujur si anak murid merupakan rakan sekerja senior kakak aku. Lalu selepas solat Maghrib, ayah, ibu dan aku telah berangkat mencari rumah si anak murid tadi atas alasan, "Kalau tak jumpa, kang takut papa tak boleh fokus buat haji nanti. Asyik teringat-ingat je~."

Alangkah girangnya hati si anak murid (exaggerate je) apabila menerima kedatangan bekas guru beliau ini. Perbualan dibuka oleh ayah ku dengan pertanyaan, "Saya mengajar awak tahun bile ye? Tak ingat betullah." Dan si anak murid pun menjawab, "Tahun 1967, masa saya Darjah Satu!" Perbualan pun berterusan selama...... tak lama sangat pun... kurang daripada sejam. Hati aku betul-betul terusik melihat sesi pertemuan ini. Ya sekalian~ Betul-betul terusik.!

Sebelum berangkat pulang, si anak murid yang juga kini seorang guru sempat berkata, "Selamat menunaikan haji cikgu. Semoga mendapat haji mabrur. Terima kasih juga atas segala ilmu yang cikgu berikan dulu. Halalkan segala ilmu itu. Alhamdulillah sekarang saya pun dah jadi cikgu."

Betapa mulianya si anak murid yang masih menghargai gurunya walaupun selepas 44 tahun menjadi muridnya. Dan betapa bertuahnya ayah aku kerana mempunyai anak murid yang sangat menghargai beliau.

Kita pulak, macam mana??

*Masa berborak tu, ayah aku ada tanya kenapa si anak murid ingat sangat pada beliau. Anak murid kata dulu ayah aku suka bawak anak-anak muridnya duduk bawah pokok sebelum balik sekolah. Nanti ayah aku akan main gitar dan nyanyi-nyanyi lagu untuk mereka.

**Dalam perjalanan balik, ayah aku baru teringat lagu yang beliau selalu nyanyi. Lagunya..... Kucingku belang tiga~ Sungguh cantik rupanya~ Meow meow bunyinya~ Tanda lapar perutnya~~ Pernah dengar?? Mesti tak~ hahaha

*Gambar recycle. Ceh~*

Monday, October 24, 2011

Bibir Bidadari



I saw my friend (elini) posted this video on her fb wall. Sedap kan lagu ni! Dah tu aku mula la teringat band2 kegilaan zaman muda-muda dulu. Kesan daripada pengangguran sementara aku, jadi aku telah mempergiat aktiviti men-download lagu-lagu........

wah! wah! wah! Mood nak pergi konsert terus menjelma. Eleh~ Macamlah pernah pergi konsert. Hahaha! Tak kesahlah. Layan... Creed? Silverchair? err.. err.. lain2 nak kena download gak ke? Adoi~ Sungguhlah keliru. Ok. Tertaip monolog di sini. Sorry. Sorry.

Oh. My point sebenarnya nak tanya audien, selain lagu Lips of an Angel, apa lagi lagu Hinder yang sedap ye? Anyone~??



p/s: Aku baru tahu lagu "Apa Salah Beta" nyanyian asal oleh Othman Hamzah dan dinyanyikan semula oleh Imran Ajmain. Merdu sungguh, semerdu tiupan seruling di sawah padi oleh sang teruna untuk memanggil dara idamannya. :)

p/s/s: Kalau korang rase cerita seruling aku tu sekadar metafora sahaja, baik betulkan semula fikiran itu sebab mak aku kata zaman dulu-dulu memang ada orang buat macam itu. Betol woo~

p/s/s/s: Aku rasa macam dah pernah pos cerita seruling ni. Tapi pernah ke? Entah.

Saturday, October 22, 2011

Real Steel.


Real Steel is a "mesti tonton" movie! Kenapa? Sebab ada boxing robots, ada budak 11 tahun yang sangat comel, ada awek hero yang hot dan semestinya ada Hugh Jackman! Ehem.. ehem.. nampak sangat penulis ini seorang wanita bermata keranjang. Haha. Whatever~

Khamis lepas baru menonton filem ini. Pada pendapat patik, jalan ceritanya biasa sahaja. Ia berkisarkan perjalanan Charlie, seorang bekas peninju yang sekarang sibuk cari duit dengan robo-boxing. Beliau baru bertemu anaknya (Max) yang beliau sebenarnya tak nak jaga. Then sebab duit, beliau jaga juga sepanjang summer. Lepas tu Max jumpa robot buruk, yang nampak macam takde potensi, but then menjadi antara robot yang mendapat perhatian. Charlie makin sayang Max, tapi terpaksa melepaskan. Bla~ bla~ bla~ and they live happily ever after. Untuk sinopsis yang lebih mengancam sila klik Wikipedia. Hehe..

Tapi yang buat filem ini mendapat tempat di hati aku adalah kerana kisah bapa-anak (aku sukalah bab-bab emosi macam ni. hati jeli kan~). Menyentuh hati woo~ Lagi yang aku suka adalah hubungan Max-Atom (the robot), the action and the final match between Zeus & Atom. Filem ni pun tak banyak aksi-aksi 18 tahun ke atas, jadi aku sarankan bawalah adik-adik atau anak-anak anda menonton. Oh lupa. Filem ini PG13, jadi bawa yang sewaktu dengannya, ok!

Selamat menonton!

Oh lupa. Konsep kali ini adalah hiburan. Sekian, terima kasih. :P

Friday, October 21, 2011

Octubre

Ah~ Sudah 21 Oktober.! Aku tidak akan biarkan Oktober tahun ini berlalu tanpa sekurang-kurangnya satu entri di blog ini! Jadi dengan semangat waja, akan aku titipkan mana-mana kisah yang boleh dititipkan di sini agar blog ini tidak sunyi sepanjang Oktober ini.

Itu hari aku ada follow Eina ke KTAJ Fund Raising Jumble Sale di Ampang. Ade aktiviti jual-jual yang hasilnya didedikasikan kepada stray cats and street dogs. Niat asal aku nak beli buttons yang harga dalam RM5 je. Punyelah kedekut. Tapi akhirnya aku beli baju di bawah. Comel kan!

Animals are our Friends

Titipan seterusnya, pasal mini reunion dengan kawan-kawan diploma sempena konvokesyen beberapa kawan pada keesokan harinya. Tak ramai yang datang (tapi ada Nady dan Vish yang sangat rare~). Mungkin masing-masing ada hal sendiri. Tapi harap-harap lain kali, lebih ramai yang turun padang!


Yeah~ Konvokesyen.! Kerana menghadiri konvokesyen ini, aku telah mentidak-hadirkan diri ke kenduri kawan sekolahku, Ismah. Selamat pengantin baru dan maaf kerana tidak hadir. Aku cuma sempat titipkan hadiah sahaja. Maaf sekali lagi. Aku ke konvo sebab budak-budak ni dah datang konvo aku masa di Penang dulu. Jadi aku rasa aku perlu hadir konvo ini. Tahniah!



Bla~ bla~ bla~ banyak juga yang berlaku sepanjang Oktober. Kontrak kerja aku dah habis. Aku tak jadi sambung belajar. Cuba sambung kontrak tapi belum ada respond. Pergi 3 interview, satu kena reject sebab "your English doesn't meet our requirement" (rasa macam kena lempang bila diberitahu sebegitu. tapi aku ni jenis orang sedar diri. sob~ sob~) , satu offer gaji yang paling minimum tapi takut aku cabut sebab ada degree (bukan pedigree ok!) dan satu lagi baruuuuuuuuuu je semalam. InsyaAllah minggu depan baru tahu keputusan (mintak-mintak dapat! amin.)

Minggu depan papa dan mama yang aku cinta akan menunaikan haji. Jadi aku telah diwajibkan untuk pulang membantu mengemas barang-barang, tambahan lagi aku sudah menjawat jawatan jobseeker terulung, jadi memang tiada alasan untuk aku tidak pulang ke pangkuan mereka.

Konon jiwa kacau, jadi saje la nak cuba jalan lain dari Seri Kembangan ke Tanjong Karang. Sekali, entah mana aku pusing, sampailah aku ke Jusco Bukit Tinggi. Maka berpusinglah aku dalam tu mencari surau dan makanan (nak shopping, kopak pulak. wuu~). First timer kan~ 'Peghak' sikit. Hihi~


Hmm... Sebenarnya perlu ke cerita semua ni? Haha~ Tak kisahlah. Nanti aku cuba bangunkan konsep ilmiah atau sebarang konsep yang lebih dewasa untuk tatapan semua. Macam misi Neko dalam menentukan konsep blog beliau. Hihi. Sehingga bertemu lagi.!


Nota:
Kalau kita 'Google Translate'-kan Tragedi Oktober ke dalam Bahasa Sepanyol,
ia akan menjadi "Tragedia en Octubre". Melankolik sungguh bunyinya.!